Ahad, 30 Ogos 2009

THE FAIRLY ODDPARENTS

The Fairly OddParents merupakan satu rancangan siri televisyen animasi yang amat popular dari Amerika Syarikat yang telah dicipta oleh Butch Hartman. Ia ditayangkan di saluran televisyen terkenal Nickelodeon. Ia juga ditayangkan di seluruh dunia. Sekarang, rancangan ini merupakan antara rancangan yang paling diminati di Nickelodeon, hanya di tempat kedua kepada SpongeBob SquarePants. Siri televisyen ini telah dihasilkan oleh Frederator Studios untuk saluran kabel Nickelodeon, dan telah diagihkan di luar Amerika Syarikat oleh syarikat animasi Kanada iaitu Nelvana.

Watak
Watak-watak utama

Timmy Turner
Cosmo dan Wanda
Encik and Puan Turner
Chester McBadbat
A.J.
Jorgen Von Strangle
The Crimson Chin

Penjahat
Penjahat Utama
Vicky

Denzel Q. Crocker
Francis
Penjahat Besar
Pixies

Anti-Pari-Pari
Norm the Genie

Jalan Cerita
Cerita ini ditayangkan di bandar fiksyen iaitu Dimmsdale, yang biasanya ditunjukkan untuk berada di California utara,namun begitu di "Fairy Idol", ia telah ditunjukkan bahawa Dimmsdale disituasikan di California Selatan) tetapi juga mencerminkan tempat tinggal Butch Hartman di Michigan. Ia juga patut diambil tahu bahawa ada sesetengan episod yang telah mempunyai pengembaraan ke masa silam ke kedua-dua "Wild West" dan "Colonial" (Timur Dimmsdale). Ia mengikuti kehidupan harian oleh seorang budak 10 tahun iaitu Timmy Turner. Seorang anak tunggal, Timmy selalu dijadikan mangsa oleh beberapa musuh seperti Vicky, iaitu pengasuhnya, guru gilanya yang mempunyai obsesi dengan pari-pari, En. Crocker, buli sekolah, Francis, dan makhluk variasi yang mempunyai kuasa magik: Mama Cosmo, Jorgen Von Strangle, Norm the Genie, dan Pixies.
Oleh kerana situasinya yang agak muram, dia telah diberikan dua pari-pari, yang bernama Cosmo dan Wanda, yang mempunyai kuasa untuk memenuhi kehendaknya dan mereka bertanggungjawab untuk menjadikan Timmy gembira. Walau bagaimanapun, Cosmo merupakan seorang yang bodoh dan lembap, dan mereka berdua selalu mempunyai idea berbahaya; walaupun mempunyai makna, kehendaknya selalu akan tersalah. Wanda, iaitu isteri Cosmo yang lebih memahaminya mesti menguntukkan masanya kepada Timmy dan Cosmo untuk menjaga keselamatan mereka.
"Fairy OddParents (Pari-pari pelik) ini selalu mengambil berat tentang kewujudan mereka dan selalu menyamar diri mereka sebagai pelbagai haiwan dan objek di khalayak ramai, selalu dengan warna pelik mereka untuk mengenali mereka berdua: Cosmo selalu berwarna hijau muda, dan Wanda selalu berwarna merah jambu muda. Kecualian mereka adalah hanya bila mereka menjadi ikan; hanya mata mereka sahaja yang kekal sama. Selain daripada Timmy, tiada orang yang perasan burung hijau dan merah jambu yang bercakap, ataupun bantal yang ada muka.
Kebanyakan episod berakhir dengan "deus ex machina" kerana Timmy mempunyai pari-pari yang boleh memenuhi kehendaknya. Banyak episod berakhir dengan Timmy menjerit "Saya hendak semua ini kembali seperti asalnya!".

Produksi
Sejarah
The Fairy OddParents pertama kali diudarakan sebagai filem pendek di Oh Yeah! Cartoons pada tahun 1998, yang menayangkan sepuluh episod oleh rancangan original. Oh Yeah! Cartoons telah dibatalkan pada tahun 2001, tetapi Nickelodeon telah menawarkan untuk mengambil francais ini. Tawaran ini telah diterima oleh penciptanya Butch Hartman. Rancangan ini mulai mengudarakan episod panjangnya sebagai sirinya sendiri pada Mac 31, 2001, bersama dengan Invader ZIM. Pada April 11, 2006, Nickelodeon United Kingdom telah menayangkan kesemua sembilan episod pendek Oh Yeah Cartoons! dalam tiga episod, termasuk suara yang berbeza untuk Timmy Turner (suara Timmy telah diubah oleh Tara Strong untuk menayangkan rerun untuk kesemua episod pendek rancangan ini), dan muka ibubapa Timmy iaitu Encik dan Puan Turner tidak dapat dilihat. Cerita-cerita ini termasuk "Where's the Wand" di mana Vicky menggunakan tongkat sakti Wanda, dan "Too Many Timmys" di mana Timmy membuat klon untuknya. Setiap episod pilot berlangsung selama tujuh minit, dan kesemua lukisan yang dilukis adalah sangat kasar, dan animasi tentang pari-pari terapung ini adalah lebih lambat dan kasar. Selepas penayangan episod baru pada tahun 2004-2005, Nickelodeon akhirnya memutuskan untuk mengeluarkan "The Fairly OddParents" daripada siarannya. Siri ini secara rasminya tamat pada Julai 21 2006 dan telah menyiarkan sejumlah 66 episod di Amerika Syarikat. Episod terakhir yang ditunjukkan ialah "Jimmy Timmy Power Hour 3". Ia telah dikeluarkan oleh Frederator Studios.