Sabtu, 29 Ogos 2009

SPONGEBOB SQUARPANTS

SpongeBob SquarePants adalah sebuah siri kartun animasi yang paling popular di Nickelodeon. Pada awalnya siri kartun ini ditayangkan pada tahun 1999 di Amerika Serikat dan dicipta oleh Stephen Hillenburg, seorang animator dan ahli biologi marin, dan diterbit oleh syarikat beliau, United Plankton Pictures Inc. Siri kartun ini ditayangkan di Malaysia menerusi saluran Nickelodeon dan TV3, dan juga melalui saluran TV9 yang telah dialihbahasa ke dalam bahasa Melayu.
Di Indonesia siri ini dipopulerkan oleh LaTiVi, kemudian hak tayang acara-acara yang diproduksi oleh Nickelodeon dibeli oleh Global TV. Kartun ini diciptakan oleh seorang ahli biologi laut dan animator Stephen Hillenburg dan lalu dirilis melalui perusahaannya United Plankton Pictures Inc.

Latar
SpongeBob SquarePants ialah seekor span yang tinggal dalam sebiji nenas dalam laut, manakala jirannya Squidward Tentacles ialah seekor sotong yang tinggal dalam sebuah kepala Pulau Easter. Jiran SpongeBob yang lain dan kawan karibnya, Patrick Star si tapak sulaiman merah jambu, tinggal di bawah seketul batu. Rumah Squidward terletak di antara rumah Spongebob dan rumah Patrick, dan inilah yang merimaskan Squidward.
SpongeBob dan kawan-kawannya tinggal di bandar Bikini Bottom dalam lautan Pasifik. Bikini Bottom dilihatkan sebagai sebuah bandar biasa dengan pusat bandar, pinggir bandar, kawasan pantai, lapangan terbang, rangkaian bas dan taman hiburan sendirinya. Stephen Hillenburg pernah berkata bahawa Bikini Bottom direka lebih kurang berasaskan bandaraya Seattle, Washington.
Haiwan peliharaan SpongeBob ialah seekor siput babi bernama Gary, yang "mengiau" seperti kucing. Meskipun tidak boleh bercakap (kecuali dalam beberapa episod), watak-watak lain kelihatan mampu memahaminya. Tambahan pula, cacing lautan menyalak seperti anjing dan dirantai. Obor-obor disamakan dengan lebah; bunyi desas-desus, sengatan bisa tetapi kelihatan seperti kejutan elektrik dan menghasilkan "jeli" yang lazat, memperolok-olok nama "jellyfish" sambil membandingkan jeli dengan madu lebah. Ikan berperanan sebagai warga kota tetapi tidak dijadikan watak penting.
SpongeBob yang penyerap, kuning, dan berliang ini, bekerja sebagai tukang goreng di Krusty Krab, sebuah restoran makanan segera, iaitu berkongsi tempat kerja dengan Squidward yang menjadi juruwang. Krusty Krab dimiliki Eugene H. Krabs (Mr. Krabs). Sheldon J. Plankton ialah musuh ketat Krabs yang memiliki sebuah restoran makanan segera bertaraf rendah bernama The Chum Bucket yang terletak berhadapan Krusty Krab. The Chum Bucket seolah-olah langsung tidak dikunjungi pelanggan, dan Plankton meluangkan kebanyakan masanya untuk merancang untuk mencuri resipi burger Krabby Patty milik En. Krabs. Plankton hanya berjaya mencuri resipi itu dalam filem; formulanya tidak pernah didedahkan kepada penonton. Isteri komputer Plankton, Karen, kadang-kala membantunya dalam rancangan jahatnya atau bertengkar dengannya.
Satu lagi kawan SpongeBob ialah Sandy Cheeks, seekor tupai yang berasal dari Texas dan tinggal di dalam underwater dome di Bikini Bottom. Dia dihantar ke dalam lautan oleh majikan-majikannya yang berupa cimpanzi. Ketika di luar kubahnya, dia memakai sut seakan-akan angkasawan.
Penduduk Bikini Bottom memandu bot seolah-olah kereta. SpongeBob masih belajar dalam sekolah memandu setelah gagal dalam ujian memandu banyak kali. Setiap pergerakan menghasilkan buih untuk mengingkatkan penonton bahawa cereka ini berlatarkan lautan. Namun begitu, terdapat babak-babak di mana terdapat selapisan air yang berasingan daripada air lautan (seperti tasik pantai) dan api boleh dinyalakan dalam air lautan.

Watak
SpongeBob SquarePants
- Watak utama dalam kartun ini yang berbentuk span berwarna kuning. Spongebob tinggal di dalam rumah berbentuk nenas di dalam laut.Dia juga membela seekor siput yang bernama Gary. Merupakan tukang masak di Krusty Krab yang terkenal dengan burger Krabby Patty.
Squidward Tentacles - Seekor sotong yang tinggal di dalam moai Pulau Easter. Amat benci pada Spongebob dan Patrick yang suka mengganggunya. Dia mempunyai seorang rakan yang juga seekor sotong bernama Squilliam. Merupakan penjaga kaunter di Krusty Krab yang pemalas.
Patrick Star - Rakan Spongebob yang berbentuk tapak sulaiman. Patrick tinggal di bawah batu. Patrick merupakan haiwan paling bengap di Bikini Bottom.
Eugene H. Krabs (Encik Krabs) - Pemilik restoran Krusty Krab yang hanya memikirkan soal wang (dia dikatakan sangat tamak dan kedekut akan wang). Spongebob dan Squidward pernah bekerja di restoran ini.
Sandy Cheeks (Sandy si Tupai) - Seekor tupai yang tingal di dalam laut. Sandy menyukai karate,dikatakan suka meminum sos yang amat pedas dan juga aksi-aksi "stunt". Nama sebenar Sandy adalah Sandra "Sandy" Cheeks. Dia tinggal di dalam sebuah tempat yang mempunyai sebatang pokok besar.
Gary - Seekor siput peliharaan Spongebob. Berbunyi seperti kucing dan merupakan siput yang bijak. Tidak suka kepada Squidward.
Sheldon J. Plankton - Pemilik restoran Chum Bucket. Amat gemarkan Krabby Patty sehingga sanggup mencuri resipinya(tapi tak pernah berjaya).
Larry Lobster - Seekor udang karang yang sangat kuat. Kerap kali dapat dilihat di Goo Lagoon.
Pearl Krabs - Seekor ikan paus yang merupakan anak kepada Mr. Krabs. Amat sukakan hiburan dan berumur 16 tahun.
Mermaidman - Merupakan salah seorang wira (yang uzur) di Bikini Bottom.
Barnacleboy - Rakan Mermaidman dan kurang sukakan Spongebob (dan juga gelarannya yang mengandungi "boy".

Tempat dalam siri SpongeBob
Bikini Bottomshire - Nama Bikini Bottom pada zaman dahulu, daerah ini dikuasai oleh King Krab, yang merupakan rival dari penyihir Plankton.
Goo Lagoon - Sebuah pantai di Bikini Bottom kerap dikunjungi Spongebob dan rakan-rakan.
Rock Bottom - Sebuah tempat di luar Bikini Bottom yang didiami ikan-ikan pelik.
Sea Needle - Bangunan tinggi yang juga parodi dari bangunan Space Needle di Seattle.
Shell City - Merupakan toko cenderamata yang terletak di darat.Hanya muncul dalam filem Spongebob the Movie.
Jellyfish fields (Padang Obur-obur) - Tempat memancing Ubur-ubur. Spongebob seringkali datang ke tempat ini.
Krusty Krab - Restoran cepat saji di mana Spongebob dan Squidward berkerja. Krusty Krab menjual penganan paling diminati selautan yakni Krabby Patty yang seperti burger.
Shady Shoals - Rumah jompo di mana yang di tinggali Mermaidman dan Barnacleboy
Fancy Restaurant - Restoran bintang lima , dimana Spongebob pernah bekerja disini.
Glove World - Tempat bermain Spongebob dan Patrick sebelum ke Rock Bottom.
Chum Bucket - Rumah makan dimana Plankton menyusun rencana jahatnya dan tinggal bersama Karen. Selalu kosong tanpa pengunjung.
New Kelp - Kota dimana Spongebob menjadi walikota dan namanya menjadi Chipshack Brown Pants.
Residents' Row Tempat tinggal Patrick, Squidward & Spongebob
Loker Davy Jones
- Tempat dimana orang yang memiliki sifat yang tidak baik, tempat yang penuh dengan kaus kaki.
Fast Food Coliseum - Tempat para koki untuk mengikuti kejuaraan masak tahunan.
Barg 'n Mart - Tempat para warga Bikini Bottom berbelanja.
Diner - Sebuah restoran yang muncul di beberapa episode yaitu Chocolate With Nuts, Mermaidman & Barnacelboy II,& Missing Identity.
Oyster Stadium - Tempat tiram & tempat Pertandingan siput.
Mrs. Puff Boating School - Tempat Spongebob belajar mengemudi.di sekolah ini sponge bob tak pernah lulus.

Produk dalam siri Spongebob
Krabby Patty
- Makanan yang disukai oleh warga Bikini Bottom, Plankton selalu berusaha mencurinya.
Kelpo - Sereal yang selalu menjadi menu sarapannya Spongebob.
Mobil transparan- Mobil yang selalu dipakai oleh Mermaidman dan Barnacleboy,yang transparan.
Bikini Bottom Phonebook - Buku telpon yang pernah diisi oleh iklannya Plankton.
Fancy Living Digest - Majalah yang memandu cara menjadi kaya dalam waktu yang singkat.
Kelp Shake - Minuman enak yang pernah dijual di Bikini Bottom, belakangan diketahui bahawa produk ini mengandung zat radioaktif.
Nachos - Kentang yang menjadi makanan preman siput pada episode Have You Seen This Snail ?
Ol'Reliable - Jaring obur-obur yang pernah dipakai Spongebob.
Spat si Spatula - Spatula yang selalu digunakan Spongebob untuk memasak Krabby Patty.
Tartar Sauce - Saus tartar adalah produk saus yang berefek seperti asam yang berbahaya.
Volcano Sauce - Saus extra pedas.

Binatang yang ada di Bikini Bottom
Alaskan Big Worm Monster
- Cacing raksasa dari Alaska yang senang memakan apa saja.
Sea Bear Monster - Berwajah beruang dan perawakannya seperti ikan besar, monster besar yang pernah muncul di majalah-majalah fiksi Bikini Bottom.
Sea Rhino Monster - Berwajah badak dan perawakannya seperti badak yang memiliki sirip.
Nematoda - Cacing kecil yang hidup berkelompok dan seperti parasit.
Ubur-ubur - Binatang yang pada umumnya berwarna pink, dan sering ditangkap oleh Spongebob, populasinya sekitar 1 juta ubur-ubur dan tinggal di Jellyfish Fields.