Khamis, 3 Disember 2009

Armada (アルマーダ)
Mahaguru B-Daman lagenda yang berupa kucing gergasi
Tsubakura Tsubame (燕ツバメ)

Seorang pemain B-Daman yang kelihatan seperti gadis, tetapi sebenarnya lelaki.
Lienna Grace Vincent (リエナ・グレース・ビンセント)

Adik kembar Gray yang ditawan oleh kumpulan Shadow lalu dijadikan seorang pemain B-Daman yang kuat.
Daiwa Mie (大輪ミエ)
Ibu angkat Yamato yang menjaganya sejak berusia 17 tahun. Dia membuka restoran dalam bangunan berbentuk kucing.
Bull Borgnine  (ブル・ボーグナイン)
Bull mempunyai tiga keperibadian: satu yang tenang dan lurus, satu yang yakin dan satu lagi yang ganas apabila menggunakan B-Damannya.

Gray Michael Vincent (グレイ・マイケル・ビンセント)

Seorang kawan Yamato yang gagah. Dia pernah menyertai kumpulan Shadow kerana ingin menyelamatkan adiknya Liena dari mereka. Dia menggunakan B-Daman Chrome Zephyr (yang kemudian dinaik taraf menjadi Chrome Raven, Chrome Raven Cyclone, Chrome Harrier dan Chrome Lancer).

Daiwa Yamato (大輪ヤマト)

Watak utama siri ini yang pernah dibesarkan kucing liar sehingga berusia lima tahun apabila ibu angkatnya Mie menemuinya lalu menjaganya. Dia menggunakan B-Daman Cobalt Blade (yang kemudian dinaik taraf menjadi Cobalt Saber, Cobalt Saber Fire, Cobalt Blaster, dan Cobalt Blaster Drive Cannon). Nama Yamato bersempena nama lama negara Jepun.

Battle B-Daman


Cobalt Blade

Battle B-Daman atau Battle B'Daman (B-伝説 バトルビーダマン, Bī-Densetsu! Batoru Bīdaman?, "B-Legenda! Battle B-Daman") ialah sebuah siri anime dan manga karya Eiji Inuki yang disiarkan buat julung kali pada Januari 2004 di Jepun, menggantikan Beyblade di slot waktunya. Battle B-Daman juga disiarkan di Malaysia melalui saluran Astro Ceria (2007) , ntv7 (2008) , Astro Ria (2009) dan Astro Prima (2009).

Seperti mana Beyblade berasaskan permainan gasing, Battle B-Daman boleh disifatkan sebagai permainan guli yang didramatiskan.

Plot

Battle B-Daman mengisahkan Yamato Daiwa dan mainan Cobalt Blade miliknya yang berlegenda. Dia bersama rakan-rakannya menggunakan sukan B-Daman untuk menentang kumpulan Shadow. Rancangan ini berlatarkan alam B-Daman World yang penduduknya terdiri daripada manusia, haiwan bersifat manusia, dan robot. Dengan menggunnakan B-Daman yang penuh lagenda, Yamato menyertai sebuah peraduan yang dianjurkan JBA untuk merebut gelaran juara B-Daman. Bagaimanapun, Yamato tetap terpaksa berlawan dengan kumpulan Shadow.

Selasa, 1 Disember 2009

WONDER PETS

Wonder Pets

Wonder Pets ialah sebuah siri televisyen kanak-kanak animasi keluaran Amerika Syarikat yang muncul buat julung kalinya pada 3 Mac 2006 dalam slot Nick Jr. Di saluran televisyen kabel Nickelodeon dan saluran Noggin pada 31 Ogos 2006. Siri ini juga disiarkan dalam alih suara Bahasa Malaysia di TV9 mulai tahun 2008.
Watak-watak utama siri kartun ini merupakan tiga ekor haiwan peliharaan bilik darjah sekolah rendah iaitu Linny the Guinea-Pig (tikus belanda), Turtle Tuck (kura-kura) dan Ming-Ming Duckling (itik) yang bersatu menjadi tiga wira bersaudara yang menyelamatkan anak haiwan dalam kesusahan sambil memperagakan manfaat nilai bekerjasama.
Kebanyakan dialognya adalah dinyanyi, jadi ramai yang membandingkan rancangan ini dengan persembahan operetta atau singspiel. Bagi setiap episod dibawa masuk orkestra 10 ahli, adakalanya termasuk sekali pemain muzik lain yang mahir mendendangkan muzik tradisional dari rantau yang dikunjungi wira-wira Wonder Pets dalam setiap episod.Untuk melengkapkan setiap episod dari lakon layar ke kiriman akhir mengambil masa 33 minggu.

Watak
Linny the Guinea Pig:Usia 5 tahun,ialah ketua Wonder Pets. Sebagai wira, dia memakai topi besbol kuning dan mantel biru. Linny nampaknya adalah ahli yang paling bijak di kalangan mereka kerana dia selalu memberikan pelbagai maklumat haiwan dan geografi kepada yang lain. Selalunya dialah yang mengingatkan kumpulannya mengenai nilai kerjasama dan lain-lain.
Turtle Tuck:Usia 4 tahun, ialah seekor kura-kura yang peramah. Apabila menjadi wira, dia memakai topi kelasi berwarna putih, kasut sirip biru dan mantel merah. Tuck merupakan ahli yang paling empatetik kerana suka membantu menenangkan haiwan apabila Linny dan Ming-Ming melaksanakan operasi penyelamat. Tuck juga menampakkan kemahiran pemerhatian yang tajam, iaitu boileh menjumpai benda dari jauh.
Ming-Ming Duckling:Usia 3 tahun,ialah seekor anak itik yang ghairah. Sebagai wira, dia memakai topi keledar juruterbang, gogel, dan mantel hijau. Dialah satu-satunya ahli yang boleh terbang. Dia juga boleh berkomunikasi bersama burung-burung lain dalam "Bahasa Burung". Ming-Ming juga percaya bahawa dia berketurunan burung helang. Adakalanya Ming-Ming cuba menyelesaikan masalah dengan sendiri dan pernah sekali dia sendirinya menjadi haiwan yang memerlukan bantuan.Ming-Ming memainkan peranan pelawak dalam rancangan ini.

Struktur episod
Setiap episod mematuhi struktur yang serupa dengan sedikit beza dari segi jalan cerita dan bentuk muzik.
Sebaik bermulanya setiap episod, penonton dapat mendengar murid-murid sekolah yang tidak kelihatan, mengucap jumpa lagi kepada haiwan-haiwan peliharaan bilik darjah sambil meninggalkan bangunan sekolah setelah selesainya pelajaran untuk hari ini. Setelah bilik darjah kosong, sebuah pemegang pensel bergoncang dan membuat bunyi berdering telefon tin. Selalunya, bilik darjah dihias dengan karya seni murid-murid dan benda-benda lain yang berkaitan dengan cerita, haiwan atau lokasi tertentu bagi episod berkenaan. Satu demi satu, haiwan-haiwan itu tertarik oleh bunyi deringan. Sehingga detik ini, haiwan-haiwan ini berbuat macam haiwan sahaja tanpa mengujar sepatah kata pun. Selepas bunyi berdering, maka Wonder Pets melengkapkan diri (Linny bertopi kuning,Ming-Ming bertopi keledar juruterbang,Tuck pula bertopi kelasi Perancis dan berkasut kalis air biru di kaki belakangnya) lalu bergegas menjawab telefon (Linny menjunam melalui lubang yang tersembunyi di bawah mangkuknya lalu mendarat di atas kuda mainan,Ming-Ming membuka pintu rahsia pendawaian sangkarnya lalu terbang keluar,Tuck terjun ke dalam air tangkinya lalu keluar dari singki) sambil menyanyi rangkap pembukaan berikut:

Versi Bahasa Melayu
Linny: "Telefon, telefon berbunyi!"
Ming-Ming: "Telefon, kami datang!"
Tuck: "Telefon, telefon berbunyi!"
Linny: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Ming-Ming: "Ada haiwan dalam bahaya…"
Tuck: "Ada haiwan dalam bahaya di sana!"

Wonder Pets menjawab telefon lalu mendapati seekor haiwan berada dalam kesusahan di suatu tempat. Linny menjelaskan keadaannya kepada dua rakannya. Setelah mereka semua faham, mereka menyanyi:

Tuck: "Itu anak [haiwan]
[Tentu dalam bahaya.]
Ming-Ming: "Ini serius!"
Tuck: "Mesti tolong dia"
Linny: "Selamatkan [haiwan]!
Semua: "Selamatkan [haiwan]!"

Mereka bertiga lompat ke dalam sekotak cebisan kain dan lompat keluar, memakai bermacam-macam pakaian yang selalunya berkaitan dengan kawasan atau haiwan yang akan dikunjungi mereka. Mereka berjenaka sejenak lalu masuk balik ke dalam kotak dan keluar dengan mantel Wonder Pets mereka.

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga!"
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"

Mereka mendirikan sebuah kapal layar mainan bernama "Flyboat" dari bahan-bahan di bilik darjah: frisbee sebagai badan, penutup marker sebagai ekzos roket, sebiji guli, roda-roda, sebatang tiang, dan sehelai kertas sebagai layarnya. Sambil mengerjakan kapal, mereka menyanyi:

Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"

Biasanya, Wonder Pets menghadapi suatu rintangan kecil sebelum meninggalkan bilik darjah. Penyelesaiannya selalunya serupa dengan tindakan yang perlu diambil mereka untuk menyelamatkan haiwan dalam bahaya tersebut. Kemudian mereka lekas ke tempat kejadian sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Kami datang.Membantu anak [haiwan] dalam kesusahan!"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama semua jadi mudah!Hei, Wonder Pets! Yey!"

Ketika menyelamatkan haiwan terlibat, Wonder Pets selalu gagal dalam cubaan terawal. Lambat-laun bahayanya makin genting, menyebabkan Ming-Ming menyanyi, "Ini serius!" (bahasa Inggeris: "This is sirius!") Tiba-tiba, Wonder Pets akhirnya ingat bagaimana mereka menyelesaikan masalah di bilik darjah dan menyedari bahawa usaha penyelamatan sama caranya. Maka mereka perlu bekerjasama untuk menjayakan usaha mereka. Mereka mengulangi lagu awal tadi:

Linny: "Linny,"
Tuck: "Tuck,"
Ming-Ming: "Dan Ming-Ming juga."
Semua: "Wonder Pets datang membantu!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"
Linny: "Apa yang penting?"
Semua: "Kerjasama!"

Setelah haiwan itu diselamatkan, tibanya si induk atau saudara mara untuk mengucap terima kasih kepada Wonder Pets kerana menyelamatkan anaknya. Wonder Pets menyambut kejayaan mereka dengan memakan daun saderi, ada kalanya induk itu menambah sedikit sajian tempatan, ataupun wira-wira itu meminta sajian tempatan juga. Kemudian mereka kembali ke bilik darjah, sambil menyanyi:

Semua: "Wonder Pets! Wonder Pets! Dah berjayaMembantu anak [haiwan] dalam kesusahan"
Ming-Ming: "Kami tak besar,"
Tuck: "Dan kami tak kuat,"
Semua: "Bila bekerjasama, semua jadi mudah!Hei, Wonder Pets! Yey!"

Senyap-senyap mereka kembali di sangkar masing-masing sehingga episod seterusnya. Flyboat pula berkecai dengan lancarnya. Linny sentiasa haiwan terakhir yang masuk ke dalam sangkar, dan tertanggalnya mantel dan topinya juga. Rentak muzik yang berkenaan dengan usaha penyelamatan mereka didendangkan, sementara Linny mengunyah daun saderi dalam sangkarnya sambil mengedip-ngedip matanya sampai penghujung rancangan.